Sebuah potret, Sebuah kenangan.


Melambai-lambai pohonan rendang di tepi tasik itu. Rendangan itu memberikan teduhan yang ampuh kepada sesiapa sahaja yang ingin berteduh di bawahnya. Di celah – celah dahannya terselit beberapa sarang burung yang telah mendiami dan menjadikan pohon terebut sebagai tempat yang selamat untuk dijadikan tempat tinggal. Daun – daun berguguran dari pohon tersebut apabila ditiup angin bagaikan hujan yang diturunkan oleh yang Maha Pencipta kepada kehidupan di seluruh muka bumi ini. Daun – daunnya melambai – lambai bagai memanggil sekalian umat bagi menghayati keindahan yang diperturunkan sejak zaman berzaman untuk umat – umat yang tahu bersyukur.

Di situlah sebuah taman, duduk seorang gadis sambil memegang berus lukisan. Fikirannya melayang-layang entah ke mana. Hana, gadis yang cantik bukan sahaja dari paras rupa malah dari segi budi pekerti. Budi pekertinya cantik dan seindah rupanya. Dia tinggal di kota raya yang besar. Namun begitu, Hana tidak dapat meneruskan impiannya menyambung pelajarannya ke menara gading, tempat yang sering dia idamkan dan impikan selama ini disebabkan kemiskinan yang dihadapi oleh keluarganya. Akan tetapi, dia redha dengan ketentuan Ilahi. Kesempitan hidup dan tanggungjawab kepada keluarga mengajarnya erti kesabaran, ketabahan dan kecekalan. Hana mengambil upah bekerja di sebuah kedai dobi.

Dia melakukan kerja dengan baik sekali dan sering mendapat pujian bukan sahaja dari majikan malah dari pelanggan yang menggunakan perkhidmatan kedai dobi tersebut. Kedai dobi tersebut banyak menerima baju dari syarikat permodelan yang terletak tidak jauh dari kedai dobi tersebut. Syarikat tersebut sering menghantar baju – baju yang dipakai oleh model selepas sesi fotografi. Hana mempunyai bakat semulajadi yang jarang ada pada orang lain. Dia boleh melukis potret dengan baik. Boleh berkhayal dengan baik malah adakalanya ke tahap yang melampau. Selepas waktu bekerja, Hana akan meluangkan masa ke taman untuk menenangkan fikiran serta melukis potret sambil menghayati keindahan alam ciptaan Tuhan. Masyarakat sekeliling sudah memahami perilaku Hana.

Potret yang sering dilukis mengambarkan keindahan alam ciptaan Ilahi yang tiada tolok bandingnya. Di taman itulah, Hana mendapat ilham untuk melukis potretnya. Potretnya penuh dengan makna dan pengertian yang mendalam. Kicauan burung sentiasa menjadi peneman kepadanya dalam mencari sesuatu yang baru dalam lukisannya. Situasi keluarga dan kemelut yang melanda dirinya sentiasa menjadi Hana bertambah matang melayari kehidupan yang semakin hari, semakin mencabar.

Pada setiap hari, pihak syarikat akan menghantar baju – bajunya melalui wakilnya, Wan. Akan tetapi, pada hari itu, Wan yang sering kelihatan menghantar baju – baju untuk dbasuh tidak kelihatan. Baju – baju itu dihantar oleh Amir yang merupakan orang baru. Amir, merupakan seorang jurugambar yang baru sahaja dipindahkan ke syarikat itu. Amir terpaku dengan kecantikkan Hana. Biasalah, orang yang baru di kawasan itu, pasti akan terpegun dengan kecantikkan Hana. Bermula dari pertemuan itu, Amir menyimpan perasaan terhadap Hana. Dia kerap datang ke kedai dobi tersebut untuk menghantar baju – baju untuk dibasuh. Bak kata orang tua – tua, “menyelam sambil minum air”. Amir berkenalan dan perhubungan mereka bertambah rapat.

Amir merupakan seorang jejaka yang baik budi pekerti. Amir sering mengimpikan untuk menakluk dunia fotografi dengan segala kudrat yang ada. Ketabahan yang dimiliki membuatkan dia sering diperlukan dalam sesi fotografi. “Saya akan menjelajah bagi mendalami ilmu fotografi. Itu matlamat saya dan tiada apa yang boleh menghalangnya kecuali dengan kuasa yang Maha Esa.” Kata Amir yang penuh bersemangat kepada Hana. Hana hanya mampu tersenyum memerhatikan gelagat Amir yang cukup bersemangat dalam mengapai cita – citanya.

“Kalau niat awak baik, Tuhan akan selalu beada disisi hambanya. Sentiasa memberi cucuran rahmat dan jalan yang lurus kepada hambanya yang bertakwa.” Hana yang turut memberi semangat kepada Amir.

………………………………………………………………….

Dum!!...

Pintu ditolak dengan pantas, Amir berdiri di muka pintu dengan hembusan nafas yang tercunggap – cunggap. “Awak kena tolong saya pada hari ini”, Hana yang masih terkejut dan terpinga – pinga melihat gelagat Amir yang agak berlainan pada hari itu. “Kenapa dengan awak ni?. Ada masalah ke?” Hana yang segera menenangkan Amir yang masih tercunggap – cunggap. “Awak kena tolong saya, model yang sepatutnya datang untuk sesi fotogarafi telah jatuh sakit, tiada yang boleh menggantikan dia, saya minta awak untuk menggantikan tempat dia sementara.” kata Amir yang sekaligus membuatkan Hana terdiam. Apa tidaknya, seumur hidupnya, dia tidak pernah mengimpikan untuk menjadi model.

“Boleh ke saya menggantikan tempat model awak yang sakit itu, saya tiada pengalaman.” Kata Hana yang masih ragu – ragu dengan kebolehannya untuk menggantikan tempat model yang sakit itu.

“Tidak menjadi masalah, kami di sana sedia membantu. Awak cuma perlu bersetuju dengan pelawaan saya ini. Saya betul – betul berharap awak dapat menolong saya.” Kata Amir penuh dengan harapan sapaya Hana dapat membantunya. Hana kemudiannya meminta kebenaran keluar dari majikan, En Wong untuk membantu Amir menjalani sesi fotografi.

Setiba di sebuah lokasi, Amir memperkenalkan Hana kepada pengurus iaitu Puan Hamidah. Tanpa melengahkan masa, Amir menyuruh Hana mengenakan pakaian yang dikehendaki untuk sesi fotografi. Banyak gambar yang diambil oleh Amir dan kesemuanya menepati ciri – ciri yang dikehendaki oleh Puan Hamidah. Dari peristiwa itu, hubungan Hana dan Amir semakin intim malah semakin mesra hari demi hari. Mereka sering keluar bersama samada keluar untuk makan atau keluar ke taman bagi menemankan Hana melukis potret.

“Wah, cantik sungguh potret yang Hana lukiskan ini. Boleh kalau dibuatkan galeri seni lukis.” nada Amir yang sering memuji kehebatan Hana dalam melukis potret. “Eh, bukan cantik sangat pun, awak ni pandai jugak bergurau.” Kata Hana yang cukup merendah diri membalas pujian yang dilemparkan oleh Amir.

“Esok awak temankan saya, saya dah lama tidak balik kampung. Rindu pula kepada keluarga di kampung.” Kata Amir yang seakan memujuk Hana untuk turut serta bersama – sama dengannya pulang ke kampung. “Baiklah, awak pun dah datang rumah saya, berkenalan dan beramah mesra dengan keluarga saya. Sekarang, tiba giliran saya untuk berjumpa dengan keluarga awak.” Nada Hana yang bersetuju dengan pelawaan Amir.

Pada keesokkan harinya, Amir datang menjemput Hana di rumah yang terletak di Jalan Petaling, jalan yang terkenal dengan kesibukkan warga kota untuk melakukan aktiviti harian. Tidak mengira tua atau muda, lelaki dan perempuan, tidak mengira kaum, agama dan negara, membantu menambahkan kesesakan jalan raya tidak mengira waktu. Jalan – jalan raya diumpamakan kayu yang dijalari dengan ular. Ular – ular yang diyusuri setiap inci jalan. Pemandangan yang biasa di kota besar, kota metropolitan, kota yang mengandungi pelbagai ragam manusia,

Dum!!.. pintu kereta yang ditutup kuat bagi memastikan keselamatan terjamin. “Awak pakai tali pinggang keselamatan, jangan salahkan saya kalau apa – apa terjadi di belakang hari nanti.” Amir yang perihatin dengan keselamatan semasa memandu.

Tidak salah menasihatkan agar panduan keselamatan dipatuhi walaupun kepada kekasihnya sendiri. “Baiklah En Amir.” Kata Hana sambil tersipu – sipu memahami perilaku Amir yang amat perihatin mengenai keselamatan. Perjalanan dimulakan dengan menyusuri kesesakan di ibu kota. Perkara yang sentiasa dilalui walaupun ada dikalangan warga kota yang tidak mengawal emosi menerima hakikat keadaan begitu.

……………………………………………………………………………………..

Mesin degupan jantung masih lagi menunjukkan hasil yang sama seperti biasa. Amir bernasib baik kerana terselamat dari nahas jalan raya yang hampir mergut nyawanya. Akan tetapi berlainan pula dengan situasi Hana. Hana masih dalam keadaan kecederaan parah dan telah sedarkan diri. Keadaan itu sangat melegakan Amir yang terselamat kerana tercampak keluar dari kenderaan dan hanya mengalami kecederaan ringan lalu dirawat sebagai pesakit luar,

“Sabarlah Amir, kita hanya menyerahkan kepada takdir untuk menentukan segalanya. Kami sudah cuba sedaya upaya dalam menyelamatkan Hana.” Kata Doktor Kamarul yang cuba menenangkan Amir dari mengalami sebarang tekanan.

“Satu perkara lagi yang ingin saya beritahu awak, Amir.” Doktor Kamarul yang ingin cuba untuk menerangkan keadaan sebenar. “Apa yang doktor ingin katakan kepada saya? Katakan saja doktor, jangan berselindung lagi dengan saya.” Jawab Amir yang penuh dengan persoalan dan penantian yang mendalam.

“Begini, harap Amir tabah dengan apa yang ingin saya katakan ini, kecederaan muka yang dialami oleh Hana telah menyebabkan addomen kedua belah matanya rosak.” Terang doktor Kamarul dengan lebih lanjut. “Mata Hana tidak dapat diselamatkan lagi.”

Penjelasan Doktor Kamarul itu walaupun belum sampai ke penghujungnya tetapi sudah cukup membuatkan jantung Amir hampir – hampir terhenti. Amir tidak menyangka pelawaannya untuk pulang ke kampung menjadi satu igauan ngeri yang tidak pernah dibayangkannya. “doktor, izinkan saya berjumpa dengan Hana.” Amir yang meminta izin untuk berjumpa Hana. “Silakan, tetapi jangan terlalu lama ye. Mungkin boleh mengganggu emosinya” Doktor Kamarul yang memberi kebenaran kepada Amir.

Satu balutan kain anduh putih melilit di sekitar kawasan mata Hana. Bagi Hana, ini merupakan dunia gelap yang harus ditempuhi selama – lamanya. “Siapa, Amir, awak ke?” Tanya Hana yang tidak dapat melihat. “Hana, saya Amir, bagaimana dengan keadaan awak?” “Saya sihat, cuma saya sudah tidak melihat dunia luar yang indah. Dunia saya sekarang hanya dunia yang penuh dengan kegelapan.” Jawab Hana yang penuh dengan kehibaan. “Saya ada perkara yang ingin saya beritahu kepada awak. Perkara mustahak yang ingin saya katakan ini.” Amir yang ingin memulakan perbualan.

“Sampai disini sahaja perhubungan kita. Selepas ini, anggap kita tidak pernah berkenalan, berjumpa, atau apa sahaja.” Amir yang melontarkan kata – kata terakhir kepada Hana dan terus pergi tanpa mendengar kata – kata Hana terlebih dahalu. Amir meninggalkan Hana yang penuh dengan kehibaan dan kesedihan. Hana hanya mampu menangis teresak – esak mengenangkan nasibnya itu.

Sejurus selepas itu, Doktor Kamarul masuk ke kamar pesakit yang menempatkan Hana. “Hana, bersyukurlah awak kepada yang Maha Esa. Kami telah berjaya mendapatkan sepasang mata yang sesuai untuk awak.” Hana hanya mampu mendiamkan diri. Tiada apa yang boleh dibuatnya ketika itu. Dia berada dalam dunia kegelapan yang cukup hitam.

“Terima kasih doktor, saya faham doktor telah melakukan yang terbaik untuk saya. Saya redha dengan apa yang terjadi kepada saya. Saya tidak meminta musibah ini menimpa diri saya. Tetapi apakan daya, saya cuma manusia yang lemah untuk menidakkan qadak dan qadar ketentuan Ilahi.

……………………………………………………………………….

Selepas enan bulan menjalani pembedahan pemindahan mata, kehidupan Hana kembali sedia normal, sediakala. Dia mengambil keputusan untuk berpindah ke tempat lain kerana baginya, kota raya itu banyak menyimpan kenangan terindahnya bersama Amir, jejaka yang pernah dicintainya. Hana berpindah ke kawasan yang masih belum mengalami pembangunan hebat seperti di Kuala Lumpur. Kawasan berkenan masih lagi menyimpan khazanah hutannya untuk hidupan – hidupan liar meneruskan zuriat dan jalur keturunan dari terus pupus disebabkan kerakusan manusia di mukla bumi ini.

Sebagaimana biasa, hari – hari yang lapang dimanfaatkan oleh Hana untuk pergi ke tasik bagi menenangkan fikiran sambil melukis potret. Kekerapan Hana pergi ke tasik itu membuatkan penduduk sekitar dan pengunjung mengenalinya. Sehingga ada anak – anak kecil yang bermain di sekitar tasik memanggilnya “kakak lukisan”. “Aduh, terlupa la, ada temujanji dengan Hayati petang ini, mengapa aku lupa ini,” berkata Hana seorang diri sambil memandang jam di tangan. Dengan keadaan yang kelam kabut, dia mengemaskan semua perkakas lukisannya untuk dibawa ke kenderaan Proton Myvi yang terletak tidak jauh dari kawasan melukisnya.

Dengan berlari – lari anak, Hana bergegas ke keretanya. Tanpa disedari, di persimpangan jalan, Hana telah terlanggar seorang buta yang sedang berjalan disitu. Perkakas lukisannya jatuh dan berselerak di laluan pejalan kaki. Melihat keadaan itu, Hana dengan segera meminta maaf, “Saya minta maaf encik, saya tidak perasan, saya minta ma…” suara Hana bagaikan tersekat di kerongkongnya apabila melihat wajah orang buta terbabit. Wajah yang amat dikenalinya, “ Tidak menjadi masalah, saya pun bersalah juga. Kalau tiada apa lagi, saya ingin pulang dulu.” Jawab pemuda buta itu. Hana tidak dapat berkata apa – apa sambil memerhatikan pemuda buta itu berlalu dan hilang dari pandangannya.

Pada keesokkan harinya, Hana bergegas ke hospital yang merawatnya semasa kemalangan dahulu untuk berjumpa dengan Doktor Kamarul. “Doktor, saya hendak tahu siapa yang sanggup mendermakan matanya kepada saya. Tolong saya doktor, saya perlu tahu perkara yang sebenarnya,” desak Hana untuk mengetahui perkara yang menjadi rahsia di minda Doktor Kamarul..

“Saya rasa sudah tiba masanya untuk saya beritahu perkara sebenarnya kepada awak. Tiada gunanya saya sembunyikan perkara ini dari pengetahuan awak.’ Jawab Doktor Kamarul kepada Hana. Mata yang awak gunakan sekarang ini merupakan pemberian daripada orang yang sangat awak kenal. Beliau memberikan mata itu bagi menebus kesilapan yang telah menyebabkan mata awak rosak. Agak sukar untuk saya jelas disini. Beliau memaksa saya untuk melakukan pembedahan segera bagi menukarkan mata awak dengan matanya. Saya harap awak tabah apabila mendengar nama orang yang telah mendermakan matanya kepada awak. Orang yang sanggup mendermakan matanya kepada ialah Encik……”

…………………………………………………………………………..

Setelah mendengar penjelasan dari Doktor Kamarul di pejabat, Hana berjalan lesu menuju ke keretanya. Dia tidak menyangka perkara ini terjadi kepada dirinya. Hana membuka pintu, menghidupkan enjin keretanya, dan memacu ke suatu tempat sering dilawatinya dahulu.

Pada bangku batu yang selalu menjadi penemannya mencorak potret ketika dahulu, sambil memandang pemandangan matahari terbenam di ufuk kota, Hana menangis. Pada pangkunya terdapat satu potret yang dilukisnya. Potret itu mengandungi lukisan dia dan Amir, jejaka yang dicintainya dahulu. Hana tidak menyangka orang yang mendermakan mata kepadanya ialah Amir. Pemuda buta yang dilanggar secara tidak sengaja itu ialah Amir. Pada ketika pembedahan pemindahan mata dijalankan, dia merasakan ada seseorang yang memegang tangannya. Dia yakin yang memegang tangannya pada ketika itu ialah Amir. Hana amat sedih dan terharu dengan pergorbanan yang dilakukan Amir terhadapnya. Tanpa disedari, air mata yang membasahi pipinya mengalir deras menitis ke atas potretnya.

‛ Amir, tidakkan ku pergi darimu sayang. Izinkan aku mata hidupmu menjadi.’

9.30 pagi,22 Mac 2010.

Comments

Popular posts from this blog

Contoh kertas kerja Mohon Pembelian Uniform Lengkap Kadet Polis

CONTOH SURAT RASMI LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Gurindam Jagalah Mata