Berjuanglah hingga ke titisan darah terakhir

Thursday, March 25, 2010

Hati itu Milik Ibu....

Nukilan Saudara Tajeri Bin Yusoff

Anak-anakku,
lihat wajah ini, wajah ini
jika aku ibumu, jika ini ibumu
lihatlah anak-anak
ibu ini selalu selalu merinduimu
ibu ini yang memeliharamu dari alam rahim
kerna kau anak, kerna kau anak aku.

Pernahkah kau bertanya kepada ibu ini?
Ibu pernah hati ibu terlaku dengan sikap anakmu ini?
pernahkah ibu menangis kerna anak mu ini?
pernahkah anak bertanya?
pernahkah?

Bukan ibu hendak berkira
bukan ibu hendaklah mengungkit nak...
ingat anak-anakku
setitik air mata ini ditapak tangan ibu
tiada lagi tempat untuk ketawa
sebagaimana tidak mungkin menangis di syurga
maka begitulah pula tidak mungkin ketawa di dunia ini
jika kau pulang
sapulah air mata ini dengan hatimu
kerna hati itu milik ibu.

Tuesday, March 23, 2010

Kecantikan Wanita Pada World View Melayu Tradisional

Cantik bukan kepalang
serba sederhana,tinggi tidak,
rendah pun tidak
sedang elok untuk dijadikan isteri.
Muka bagai bulan penuh,
pipinya pauh dilayang,
keningnya kilian taji,
rambutnya bertikam tak jadi,
panjangnya semundang penuh,
bibirnya asam seulas,
lidahnya mempelam masak,
gigi berkilat seperti gewang kaca,
leher panjang,bahu lebar.



Pinggangnya ramping dadanya bidang,
lengannya antaran hanyut,
jarinya halus seperti duri landak,
kulitnya kuning buah langsat,
empu kaki bungkal setahil,
betisnya perut padian
buah tuturnya lemak manis,
mengasyikkan orang nan banyak,
berderang air ditelan,
gugup awan sekeliling.

P/S : jika dianalisiskan, ungkapan melayu tradisional terhadap kecantikan luaran tubuh badan wanita kebanyakannya memberi perumpamaan dengan alam semulajadi seperti buah-buahan, pokok-pokok dan lain-lain. sekiranya ungkapan ini telah di cipta sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu, maka boleh kita anggap bahawa Orang Melayu dahulu bagaikan mengetahui yang kita sememangnya berasal daripada alam semulajadi.
Penciptaan Adam bermula daripada tanah yang berasal daripada bumi (menurut Islam). Oleh itu, tidak hairanlah mengapa ungkapan ini banyak menyerapkan elemen alam semulajadi yg sememangnya adalah diri kita sendiri.Lebih-lebih lagi, kehidupan Melayu Tradisional amat akrab dengan alam sekeliling seperti hutan,sungai dan bukit bukau.
Dari Allah (tanah) kita Datang, begitu juga sebaliknya pabila pengakhirannya, Renung-renungkanlah.

Friday, March 19, 2010

Aduuuhhh..Ilham tak Datang-datang Lagi..

Aku termenung lagi..
Pandang atas, pandang bawah..
tengok kaki, lihat jari..
Huh..mengeluh lagi..

Mana ilham??
Aduh, penat otakku
ku perah-perah
tak juga muncul-muncu.

termangu aku di meja,
berkerut kening mengatup mata,
menongkat dagu,
mengetuk bucu
buku yang kaku,
tidak berbuat apa-apa.

Aaaaahhhh!!!!!..
jeritan batinku..
tak siapa yang mendengar
di dini hari sebegini..

lalu ku tutup laptop,
melangkah ke birai katil
dan ku tarik selimut.

Selamat Malam Semua.
Semoga Ilham Dtang Dalam Mimpiku..
11.11 PM, 19 mac 2010.

Maafkan lah aku..


Mengertikah kau
jika selama ini aku menyepi,
bukan dek keegoanku
namun diamku menyimpul
segala keperitan hidup
nan sarat dengan dugaan,
tidak sesekali ku ingin membebankan mu
melainkan menginginkan mu
terbang mencari kehidupanmu yang
lebih bererti.

Siapalah aku ini
tak mampu membahagiakan mu
selama ini.
segala kudratku tertumpah
pada nan tersurat
itulah yang mampu ditafsirmu.
Namun
pada nan tersirat,
jauh lebih getir dari apa
yang kau sangkakan.
Biarlah hati kita tenang
tanpa berulang lagi
kisah lalu,
ku harap engkau
membuka lembaran baru
jauh dari sisa-sisa kenangan kita.

Patahkan tumbuh, hilang berganti.
Lukakan sembuh kalau diubati.
Maafkan lah aku,
agar ku tenang menemui
hidup ini..

Sesak Nafasku...pabila penamat semester hampir tiba.


Beginilah aku,
Setiap semester akan terlakar,
terukir memori manis
semanis madu dan,
pahit sepahit hempedu
untuk dikenang.

Dan begitulah aku,
di kala titik penamat
hampir tiba,
ibarat lipas kudung
tetap pantas berlari
walau terjungkit-jungkit,
melangsaikan tuntutan
yang terbeban di bahu.

Sememangnya itulah aku,
awalan bersenang-senangan,
akhiran baru tergadah
setelah terhantuk yang disengajakan.

Inilah aku,
tidak sama denganmu,
walau langkah kita selari
namun hastanya berbeda.

Yang Menunggu Ilham Tiba,
Maya Mira
9.08 PM, 19 Mac 2010.