E-diari Ku


-->
Macam-macam yang berlaku sekarang...pening! Kacau - bilau hidupku!!
Ahad , 11 Januari 2009, 22:02 malam.
Masuk tahun baru, aku melangkah ke sem yang baru dalam pengajian aku ni. Maka dengan itu, makin banyak la tugasan yang diterima, yang perlu di settlekan. Dan makin bertambahlah kerutan di dahi ku serta kedutan di muka ku yang dah di makan usia ini. Aku tulis entry dalam blog nih ketika emosi ku tak tenang, berkecamuk dengan macam - macam masalah. Hukhuk!
Agak bingung apabila difikirkan macam mana nak aku selesaikan semua ni?
Diam ku sejenak. muhasabah diri sendiri balik. Memang patut aku dihukum dengan perasaan begini. Segalanya berpunca daripada kekhilafan ku sendiri. Membiarkan masa meninggalkan aku dengan rela tanpa kesedaran yang nyata dari kotak pemikiranku dan sanubariku ini. Aku sedar, aku telah menggolongkan diriku dalam kalangan orang yang rugi.

Ya Allah,
Ampunkanlah aku.
Aku harus berubah. Aku ingin berubah!
Dua kali aku menangis hari ni. Betul - betul aku tak boleh kawal diri.
Isnin, 16 Febuari 2009, 22:44 malam.
Aku sakit hati lama dah dengan bebudak SUKSIS ni. Mengadanya lebih, Bayar sikit. Nak makan banyak dan sedap. Kalau difikirkan logik, peniaga mana nak bagi makan pagi dan tengahari RM5 sekepala. Tak tau bersyukur langsung. Berminggu - minggu aku menahan sabar dengan kerenah mereka.
Hari ni hari yang paling gila dengan aku memasamkan muka tahap cipan. Menyindir - nyindir senior yang gila nak tunjuk kuasa dan pandai. Apa dia ingat tinggi sangatla dia punya pangkat nak aku sembah – sembah? Tolonglah.
Tapi dek kerana aku tension dengan lambakan tugasan lagi, pakwe lagi ( ade ke?? hahahaha ), nak balik kampung lagi, dan SUKSIS yang tak berhenti – henti latihanya tambahan tak dapat tidur, maka kepala pun berpusing-pusinglah. Jiwaku terbeban apabila menerima tekanan dan bebanan dalam tugasan. Dah la aku rasa, aku seorang sahaja yang buat kerja. Tak ada orang pun nak berkongsi dan back up aku. Sedih sangat-sangat. Tak tahan aku untuk hari ni. Menangis jua ku.
Balik dari latihan ku menangis pada tikar sejadah. Dan kemudian aku keluar ke ruang tamu untuk bersantai – santai dengan housemateku. Tapi, lepas tu aku terguris pula dengan kata – kata mereka. Ku menangis pula dalam bilik. Tak tahu la apa nak jadi dengan diriku ni. Gila rasanya. Kalau nak dikira, aku bukan mudah untuk menangis. Tetapi mungkin sudah terlalu lama ku tinggalkan air mata. So, hari ini ku biar ia keluar menghirup udara nyaman. Aku nak sangat ada orang mendengar rintihanku ini tapi....

Di Dewan Kuliah J.

Ahad, 15 Mac, pukul 3.15 petang.

Cuak gila. Aku berdepan dengan hampir 200 pelajar ,‘ budak – budak ’ SUKSIS yang antaranya Senior yang tidak berpuas hati dengan cara aku menguruskan makanan SUKSIS sejak ku ambik alih kuasa daripada mantan EXCO Makanan SUKSIS, Encik Syukri. Hukhuk!! Sebelum tu, aku dah dengar desas - desus yang nak menghentamku habis-habisan. Menggelegak hati ku, seh!!
Tuhan saja yang tahu betapa sakitnya hatiku dan berkecainya jiwaku pabila sesuatu yang kita lakukan dengan penuh keikhlasan dan bersusah payah tiada sesiapa pun berterima kasih malah nak malukan aku di khalayak ramai pulak. ( Caterer tak nak menender makananSUKSIS sebab siapalah nak menanggung makan dua kali, pagi dan tengahari hanya dengan RM 5 sekepala. ) 'Banyak cantik, nak makan banyak dan sedap tapi bayar murah!!!'. ( Antara monolog dalaman caterer. Hahahaha! ) Sabar sajalah hati. Tahankan lah air mataku di depan mereka ini. Ya Allah. Itulah doaku yang pertama. Hukhuk!
Apabila semua anggota telah berkumpul, Sarjan Mejar ( SM ) Rahim tampil ke depan bertanyakan masalah semua anak buah dan mula mendapatkan komen orang ramai tentang makanan. Mulalah terdengar suara cam lalat kerumun mayat bergema. Pok pek pok pek, tak puas hati, tak sedap, sikit, macam makan tahi ( pernah rasa tahi kot! ), lauk ayam cam burung la.
SM Rahim pun bertanyakan siapa Exco Makanan? Aku pun mengangkat tangan. Perkara yang pertama dibuatnya adalah tersenyum dan bertanya, Order kat mana?? aku dah rasa lega hati bila nampak senyuman dia tu. Hilang gugup ku. Thanks Encik Rahim ! Aku menjawab, kat depan Taman U. Sorang senior bernama Su menyampuk kuat-kuat , padahal dia kat baris depan ku jer. " Cakap la betul-betul. Kat Taman U tu nama kedainya Ummi...",
Aku merasakan marahku naik menggila. Namun, aku membalas dengan sinis dan tegas " Bukan di situ !" Tersenyum sumbing dia kerana tidak menyangka yang aku boleh menjawap pula. Dalam hati aku berbicara, kalau nak menyampuk tu biarlah ada ilmu di dada. . Aku ke depan untuk memberi penjelasan. Aku pergi ke depan dan ambil mikrofon lalu menyandar pada meja. Dengan lagak santai ku beri salam. Ha, barulah ternampak jelas muka senior-senior yang memandang benci pada ku. Mesti mereka fikir, aku ni sudahlah buat salah, berlagak pulak kat depan. Aku buat-buat bodoh saje.
Selepas itu, aku memulakan sesi kuliah,eh, salah! Sesi perbincangan dan penjelasan dengan panjang lebar tanpa ada suara yang menyampuk ku untuk menghentamku dengan lebih dahsyat. Nak tau tak macam mana aku sihirkan sampai mereka semua khusyuk mendengar ceramahku pada petang itu? Begini kisahnya. Aku bercerita dengan santai, dengan menambah lawak dan cool saja sepanjang memberikan penjelasan. Aku menceritakan tentang perkara yang sebenarnya berlaku tanpa emosi yang melampau. Semua orang masa itu macam sejuk hati dan siap gelak-gelak lagi . Muka senior yang garang-garang tadi dah kendur, dah boleh senyum dah.
Allah telah melancarkan segala-galanya dengan baik. Alhamdulillah, aku dapat mengatasi emosi yang bergelodak, aku berjaya merendahkan darjah kemarahanku dan aku sulami dengan kesabaran serta ketenangan.

Ya Allah...manisnya perasaan ini di kala aku tidak tunduk kepada api kemarahan yang di curahkan oleh Laknatullah itu...
Semoga perkara yang telah berlaku itu akan menjadikan aku lebih matang dan tidak lagi mudah terburu-buru dalam melakukan sebarang keputusan. Kepada semua pelajar dan rakan-rakan semua, aku memohon jutaan kemaafan terhadap kalian. Sememangnya aku tidak pandai hendak sembunyikan perkara yang benar ini. Bukan, aku bukan seorang yang jenis ' talam dua muka', cakap tak serupa bikin, hipokrik dan seangkatan tentera dengannya. Oh, dah pukul berapa dah ni???? Aku nak berehat dulu.

Bulan March..bulan yang macam2 berlaku di sekelilingku.

Selasa, 17 Mac , pukul 6.30 petang.
Semalam,aku bahagia menerima satu mesej ringkas daripada seseorang yang aku minati dalam diam. ( Berdosakah aku kerana menyukainya? ) Entahlah. Teruja rasanya, padahal biasa jer mesej itu. Tak de mende pun. Biasa aku ni , emosi selalu melonjak-lonjak bila terkena penyakit perempuan ni ( period ), tapi bila difikirkan balik, mudahnya aku menyukai seseorang. Tak boleh jadi ni. Aku kena tahan perasaan ini. Kadang-kadang perasaan boleh menipu kita. Mungkin lama-lama nanti aku lupa dah tentang semua ini. Susah kalau jadi macam aku ni.Hehehehe! Mudah ditipu orang. Entahlah. Mungkin dah gatal nak kahwin kot. Hahahaha!
Walau bagamanapun, aku ada cerita menarik hari ini. Hari ini aku menghadiri kelas Pemikiran Pendidikan. Sebelum menaiki bas kitaran ke kampus dari KUO, aku menerima mesej dari kawan baikku Syahira," Siti, aku terpaksa balik kampung, ayah aku tengah nazak." Aku terkejut tapi aku fikir mungkin ayahnya sakit kuat memandangkan tidak pernah ayah dia mengadu sakit sebelum ini. Aku menasihati dia agar bersabar dan berharap dia berhati-hati dalam perjalanan balik. Aku pun berkejar naik bas dan dalam 15 minit kemudian sampai ke DKC . Zakiah telah menandakan tempat untukku serta kawanku yang seorang lagi, Farihah . Kami sememangnya selalu berempat iaitu Zakiah, Farihah, Syahira dan aku.
Cerita Syahira terpaksa aku tangguhkan disebabkan kuliah sudah bermula. Macam biasa. Kami di barisan depan. Itulah tempat kami selalu lepak. Konon nak ambil berkat air liur lecturer..eeee...hahahahah! Pelajaran hari ini, aku lalui dengan hati yang tenang dan riang. Tidak macam hari semalam yang lalu. Menangis jer kerjanya. Inilah yang aku kagumi kebesaranNya. Apabila di fikirkan ( sempena belajar Pemikiran Pendidikan, hahahaha!), ketika Allah menguji kita dengan segala macam peristiwa yang menyedihkan, akan menyusullah kebahagiaan yang tak pernah kita dugai. Aku bahagia sangat, tetapi aku selalu peringatkan diri ku agar jangan lupa diri. Ingat lah Allah tidak kira di saat kita susah ataupun senang.
Habis saja kelas Pemikiran Pendidikan itu, aku pun terus mengajak Zakiah balik ke kolej KUO memandangkan kami masih lagi mempunyai kelas pada pukul satu nanti. Okey je katanya. Selepas itu, di pendekkan cerita pada pukul 1 sehingga 2 petang kelas kami pun tamat . Kami bergegas untuk balik dan Zakiah ke stesen bas KZ, manakala aku dan Farihah ke KUO. Sedang kami berasak-asak untuk menaiki bas kitaran itu, aku mendapat panggilan daripada kawan baikku, Syahirah. Dalam teresak-esak dia memberi salam dan aku terus bertanya." Syira , ko de masalah ke nih? ". Dia pun memberitahu " Ayah aku baru jer meninggal Siti, baru jer.." Aku terasa seperti kering air liur ku seketika. Terkedu aku dengan kalutnya aku meinaik bas, terus melompat naik sambil telinga ni terus mendengar rintihan Syahirah. Sedih hatiku, kawan baikku dah jadi anak yatim.
Mengenangkan kisah Syahirah, berlinang-linang air mataku. Sebelum ini, dia menetap di Kajang tetapi terpaksa pindah ke kampung asal tempat dia tinggal masa kecil-kecil dulu sebab arwah bapa dia kahwin lain. Mak tirinya muda setahun dari kami. Sangat busuk hati dan kejam menghalau dia keluar dari rumahnya itu. Maka tinggallah dia, mak dan adik beradiknya kat kampung. Mak dia baru saja melahirkan anak lelaki yang kononnya menjadi alasan untuk bapa dia kawin lain. ( Astagfirullah..aku mengumpatlah pulak.. ). Tak lama kemudian, adik dia meninggal. Agak sebak rasanya tapi mengenangkan situasi yang dihadapi mak dan family nya, Allah telah mengambil balik adiknya supaya dia tidak membesar tanpa kasih sayang yang lengkap.
Mak tirinya pulak tidak membenarkan arwah bapa yang masih hidup masa itu dia bertemu dengan mereka semasa jenazah adik dia nak dikebumikan. Syira dan keluarganya memang tabah. Buat tak tahu jer. Hanya tuhan je yang memahami dan memgetahui segalanya. Tidak lama kemudian, pakwe dia pulak buat setan , curang. Walhal, Syira memang baik hati orangnya. .Hukhuk. Sedihya aku. Lepas satu, dua, dan tiga peristiwa dugaan yang menimpa kawanku itu. Sekarang bapa dia pula dah tak ada. Adik- beradik dia tak de arah tuju dah. Simpatiku melimpah - ruah.
Aku insaf. Betapa aku terasa sebelum ini, diri macam tak berguna saja tapi, apabila dikenangkan kembali aku masih lagi dalam golongan yang lebih bernasib baik berbanding kawanku itu. Walaupun dugaan yang datang telah membuat aku menangis tersedu-sedu sedangkan Syira boleh lagi tersenyum semasa aku jumpa dia tadi. Aku berazam mahu jadi kuat semangat macam dia dan menghargai apa yang ada pada ku . Tak nak lagi rasa kekurangan diri menjadi faktor aku untuk tidak maju. Aku nak tangguh dulu e-diariku ini sehingga bersambung lagi. Aku nak rehat sekejab. See ya.

Dugaan lagi...!

Rabu, 18 Mac, Pukul 3 petang.
Hari ini, aku pergi ke kelas dalam kehujanan. Dengan tidak membawa payungnya, dengan beruniform polisnya, hehehehe, maka berlari-lari anak aku untuk ke DKG. Sampainya aku dikelas, kumpulan pembentang sudah bersiap sedia untuk menbentang tugasan. Aku pun masuk dan terus mencari Zakiah. selepas itu, kelas berjalan seperti biasa. Ah, tiada sebarang perkara yang menarik pagi ni! Keluh aku. Pada tengah harinya, aku di hubungi oleh Pak Cik Bahari bertanyakan pasal makanan suksis yang akan datang dan makanan yang lalu. Aku memaklumkan perkara yang patut diberitahu dan dia pun sudah menegur anak saudaranya yang menyediakan makanan kami itu. Dia juga meminta maaf atas kejadian yang berlaku. Aku memaafkan. Nak wat camne, benda dah berlaku . Lepas itu, pakcik meminta pertolongan daripada aku untuk membantu dia di gerai pasar malam KUO petang ini. Dia tidak cukup pembantu dan hanya anaknya yang cacat saja dapat menemani dia hari ini. Pembantu Indonesianya itu ada masalah. Aku okey je.
Aku tolong Pakcik Bahari berniaga.
Pukul 4 petang, aku turun dari Kolej Ungku Omar dan tolong Pakcik Bahari berniaga. Ada Laksa Penang dan Nasi Tomato. Aku merasa cuak sebenarnya sebab aku tak berapa pandai berkira-kira ni. Kang tersalah pula kira bagi duit lebih ke, duit kurang ke kat pelanggan tak pasal-pasal kena simbah kuah kat orang. Hehehehe. Tapi aku berjaya kurangkan gemuruh di hati dan teruskan berniaga pada petang tersebut.
Mula-mula macam tak ada orang je nak masuk dekat. Dalam setengah jam hanya 2 orang singgah membeli. Tapi, pukul 5 petang lepas itu, mulalah ramai orang datang . Hukhuk . Ramainya pelajar balik dari kelas. Aku pun prepair la apa yang patut. Pertama, senyuman mesti ikhlas. Kedua, mesti ramah dan ketiga layan pelanggan dengan baik serta sopan santun. Biar pelanggan membuat pilihan. fuh, agak ramai jugak yang membeli !Tak menang tangan aku dibuatnya.
5.30 petang.
Pakcik Bahari menyuruh aku berhenti bekerja "Cukuplah untuk hari ni. Ambillah apa-apa makanan tu. Buat makan malam nanti." Katanya. Aku menolak sebab aku betul-betul kenyang selepas Achik roomateku telah membelikanku KFC tadi. Lalu pakcik memberikan aku RM10 . Aku terasa segan sangat, sudahla tolongnya sekejab jer. Hukhuk. Tapi pakcik tetap menyuruhku ambil sebagai cenderahati darinya. Aku pun ambil duit itu dan ucapkan terima kasih. Lalu berlari-lari aku ke kolej. Sukanya aku dapat duit upah. Lain kali kalau pakcik mengajak aku berniaga lagi, aku nak ikutlah . Lagipun, biarlah otak kiri ku berfungsi, aktif sikit. Hehehe. Aku nak rehat sekejab. Bye.
Aduh, sakit kepala ku. Ida dan Kisahnya.
Khamis, 19 Mac, pukul 1.30 pagi.
Aku rasa pelik. Kenapa setiap rakan - rakan di sekitarku mengalami kejadian yang menyedihkan ? Tapi nak pelik apa? Aku sendiri pun apa kurangnya dengan konflik dalaman dan luarannya. Setiap yang hidup di muka bumi ini mesti dan akan diuji oleh Allah dengan pelbagai cubaan. Bergantung kepada individu tersebut menghadapinya. Samada berjaya atau tidak.
Nak dijadikan cerita, pada pukul 1.03 pagi tadi aku baru saja nak terlelap. Tiba-tiba, " Siti, hang tido dah ka? ". Astagfirullah hal azim! Siapa pula datang ke rumahku ini ( monolog dalamanku. hahahaha!!! ). Ida rupa-rupanya. Aku buka pintu bilikku. Memang aku dah pakar dalam mengesan suara dia walaupun dari jauh. Hehehe. Perasan pulak! Namun, aku dapat mengesan ada kesan air mata di pipinya. Mata kuyunya basah dan merah hidungnya ketara. Tapi yang peliknya, dia datang minta Stapler denganku. Mmmm, hairan!
Aku pun menahan dia daripada terus balik. Lalu aku pun bertanya, " Ceritalah sikit. Apa yang berlaku ?" Jawabnya, " Tak mahuku, Siti. Tuhan saja yang tahu betapa sakitnya hati aku bila aku pi Teluk Intan, Si Apit ni tak ada. Sedangkan Makcik kat rumah sewa tu cakap hari Jumaat lagi dia tak ada kat situ." Mata Ida dah bergenang dengan air mata dek kerana tak dapat menahan sebak di dada. Dia terus bercerita mengenai bakal tunangnya itu bermain kayu tiga dengan tiga orang perempuan dalam masa 2 tahun bersama - samanya selama ini. Aku memang dah agak akan jadi sebegini. Dasar lelaki buaya!
Apa pun, kesudahannya Tuhan saja yang Maha Mengetahui dan aku berdoa semoga Ida bertemu jodoh dengan orang yang beriman dan lebih menghargai dirinya selepas ini. Aku nasihati dia supaya lebih banyak bersabar. Dugaan yang datang tak ada siapa yang dapat menghalang. Terimalah sebagai Qada' dan Qadar ilahi. Dia menangis tapi sekejab saja memandangkan hari sudah jauh pagi butanya. Hehehe!
Aku tak dapat melelapkan mata dan aku mengambil keputusan untuk ke rumah Ida, mencari line internet untukku tulis entry ini. Dengan itu, aku pun menulis kisah ini sahinggalah kepala sudah terasa berat. Pedoman buatku, mencari kebahagiaan dalam hidup ini sesuatu yang sukar tetapi sekiranya kita tidak berputus asa, ia akan tiba jua di akhir pencarian kita. Hanya kesabaran saja yang perlu diperkukuhkan. Jodoh yang baik harus dicari, tak boleh harap ia datang sendiri dan kita menerimanya dengan terburu – buru semata – mata berpegang pada berserah kepada takdir saja. Aku rasa setakat ini saja mampuku menaip dan aku nak tidur. Wassalam. 2.02 pagi 19/03/09.

Comments

Popular posts from this blog

Contoh kertas kerja Mohon Pembelian Uniform Lengkap Kadet Polis

CONTOH SURAT RASMI LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Gurindam Jagalah Mata