Posts

Showing posts from 2021

Gurindam Jagalah Mata

 GURINDAM  JAGALAH  MATA  Barang siapa menjaga mata, nescaya terbabas segala nista.  Barang siapa menjaga mata,  segala laku akan dicinta.  Jika mata sering meliar, pasti fitnah akan tersiar.  Jika mata sering ditunduk, pasti iman akan duduk.  Andai mata sering menjeling, pasti maruah diguling-guling.  Andai mata sudah tertutup, segala amalan sudah terkatup.  Dari mata kilas ke hati, kerana hati bawa ke mati.  Dari mata mulut bicara , harus elakkan segala sengsara.  Mata keranjang mohon dijauhi, kelak badan akan dibelasahi.  Mata yang zuhud dikasihi tuhan, jalan ke syurga tidak ditahan.  @hak milik SITI MARIAM,  2.33 PM, 13/ 7/ 16.