Berjuanglah hingga ke titisan darah terakhir

Friday, November 29, 2013

Rupa-rupanya 14 Feb 2010 ada ceritanya tersendiri....dalam sejarah hidupku..

Kali pertama si dia memberi salam..wah,aku berjaya mencari maklumat ni...akhirnya berjaya..hehe..

Kenangan bersama mereka...Kadet Polis Sekolah SMK Raja Abdullah & Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi UPSI

ALAAAA...GAMBAR KAT MUZIUM PDRM XDA...



BERGAMBAR DULU..HAHA...MUZIUM NEGARA..


CUBA TEKA POTRET SAPA NI...???



KAT TANGGA PUN BOLEH...HAHA..



DI HADAPAN PLANETARIUM NEGARA



SUKSIS UPSI..

HIMPUNAN MADAH3

LAKARAN DUKA PUN BERLALU
Inginku lakarkan duka di hatiku ini
pada kanvas yang putih,
namun jemariku kaku,
membuntang mataku melihat cairan
warna..
ah...
memang..anugerah seni itu tiada padaku.

Inginku laungkan kepedihan hati ini
pada corong telinga insani,
namun bibirku merapat,
tatkala mengesani pandangan yang hambar..
ah...usah di susahkan orang..

Hatiku,
ibarat kaca dihempas ke lantai,
pecah, berderai..
relai dek kesempurnaan,keangkuhan dan kesinisan
tutur kata manusia "Zaman Batu".
Hai..sabarlah hati.

Tatkala aku hampir rebah
muncul keajaiban tidak terjangka:
Dia,....
berwajah redup,
berpakaian lusuh
Tidak bersuara hanya
tersipu senyum.

Dia,
mengutip sisa-sisa deraian hatiku,
mencantum kembali dengan damar suci,
melenyapkan parut duka dengan madu kasih,
Lakaran duka di hati kini berlalu.

Kini dia ingin berlalu pergi,
setelah duka dihati tiada lagi,
Aku tidak menahan,hanya..
ingin ku ucapkan..Terima Kasih Sayang..
Hati ini akan terus menanti dia
muncul kembali!!

HIMPUNAN MADAHKU 2

Aku tetap begini,
sukar merubah diri..

Lebih baik begini
daripada menyakiti hati.....

hanya puisi ini
menjadi jambatan hati...
meluahkan rasa yang terpendam..

tik..tok..tik..tok..
aku membilang detik berlalu pergi..
merangka hari depanku,
yang bagiku beronak duri..
yang mampu membuatku luka,pilu..

Tik..tok..tik..tok..
detik tetap berlalu pergi..
aku masih lagi terpaku sendiri..
di sini..tiada siapa di sisi..
hanya berteman detup-detap jam di dinding..

Ah, baik aku bangun berdiri daripada meratapi
waktu yang berlalu pergi..

HIMPUNAN MADAHKU

Mengertikah kau
jika selama ini aku menyepi,
bukan dek keegoanku
namun diamku menyimpul
segala keperitan hidup
nan sarat dengan dugaan,
tidak sesekali ku ingin membebankan mu
melainkan menginginkan mu
terbang mencari kehidupanmu yang
lebih bererti.

Siapalah aku ini
tak mampu membahagiakan mu
selama ini.
segala kudratku tertumpah
pada nan tersurat
itulah yang mampu ditafsirmu.
Namun
pada nan tersirat,
jauh lebih getir dari apa
yang kau sangkakan.
Biarlah hati kita tenang
tanpa berulang lagi
kisah lalu,
ku harap engkau
membuka lembaran baru
jauh dari sisa-sisa kenangan kita.

Patahkan tumbuh, hilang berganti.
Lukakan sembuh kalau diubati.
Maafkan lah aku,
agar ku tenang menemui
hidup ini..

CONTOH SURAT RASMI LAWATAN SAMBIL BELAJAR


SMK Raja Abdullah,
Jalan Kepong,
52000 Kuala Lumpur.
­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­Muzium Polis DI Raja Malaysia,
Lot 5 ,Jalan Perdana,
50480 Kuala Lumpur.                                                                                      31 OKT 2013.

Tuan/Puan,

LAWATAN SAMBIL BELAJAR PERSATUAN KADET POLIS SMK RAJA ABDULLAH
Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.         Persatuan Kadet Polis SMK Raja Abdullah ingin mengadakan lawatan ke tempat Tuan/Puan dan permohonan kami telah diluluskan di peringkat jabatan.Berikut adalah maklumat yang kami sertakan;

 Tarikh Pelancongan/Lawatan : 06 November 2013(Rabu)
 Masa Lawatan                          :  9.00 A.M – 12.30 P.M
 Peserta                                     : 40 Pelajar
 Guru Pengiring              : PN. Siti Mariam BT Dollah ( Ketua Rombongan)
                                       PN. Noor Zehan BT Johan Noor (Guru Penasihat)
                                       Cik Shamriza BT Samsuri (Guru Penasihat)
                                       Cik Siti Norakasmi BT Kameruzzaman

3. Sehubungan itu, kami ingin juga memohon kerjasama dari pihak Tuan/Puan menyediakan beberapa soalan kuiz untuk dikemukakan kepada pelajar supaya pengisian berkualiti diperoleh semasa lawatan diadakan di tempat Tuan/Puan.

4. Kerjasama dari pihak Tuan/Puan amat kami hargai. Sekian,terima kasih.
Yang benar.
________
(SITI MARIAM DOLLAH)
Ketua Penasihat Persatuan
Kadet Polis SMKRA.


Contoh kertas kerja Mohon Pembelian Uniform Lengkap Kadet Polis



SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAJA ABDULLAH
JALAN KEPONG 52000 KUALA LUMPUR


KERTAS KERJA

PERMOHONAN PERUNTUKAN KEWANGAN BAGI PEMBELIAN UNIFORM LENGKAP KADET POLIS SMK RAJA ABDULLAH 2013



DISEDIAKAN OLEH : PN. SITI MARIAM BINTI DOLLAH
GURU PENASIHAT PERSATUAN
KADET POLIS SEKOLAH
SMK RAJA ABDULLAH


1.0              PENGENALAN

            Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon peruntukan kewangan dari Unit Kokurikulum bagi membeli kelengkapan uniform kadet polis SMK Raja Abdullah yang telah dirancang untuk 2014.  

2.0              LATAR BELAKANG
Persatuan Kadet Polis memainkan peranan penting dalam menyemai kesedaran sivik dan perasaan bertanggungjawab kepada masyarakat di kalangan pelajar.Bagi mencapai objektif bagi membina satu bangsa Malaysia yang berdisiplin, maka penubuhan Persatuan Kadet Polis akan menjadi pemangkin kepada proses untuk memiliki lebih golongan yang berjaya di negara ini.
Persatuan Kadet Polis SMK Raja Abdullah telah ditubuhkan pada Januari  2012 selaras dengan misi kokurikulum sekolah iaitu Penubuhan PKP merupakan salah satu kegiatan kokurikulum sekolah menengah sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Pelajaran 1961 mengikut Ordinan No. 2 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1969, P.K. (A) 487 bertarikh 20 November 1969 yang diselaraskan oleh PDRM.
Pengambilan ahli kadet pada tahun pertama ini disaring dengan terperinci dalam memastikan nama baik persatuan dijaga dengan baik. Aspek disiplin, kekemasan diri, dan mutu pelajaran pelajar diambil kira di samping ujian fizikal dilaksanakan sendiri oleh PDRM dalam pemilihan ahli kadet.

3.0   OBJEKTIF
3.1 Memantapkan lagi matlamat kokurikulum iaitu,mewujudkan minat serta meningkatkan keupayaan murid SMK Raja Abdullah bagi menceburi badan beruniform dari peringkat sekolah sehinggalah meninggalkan alam persekolahan.
3.2Memberi suntikan motivasi yang konsisten kepada murid SMK Raja Abdullah supaya mereka terus mantap dalam aktiviti luar yang dianjurkan oleh PDRM.
3.3 Memberi bantuan kepada ahli kadet yang tidak mempunyai kelengkapan uniform lengkap untuk mewakili sekolah.
4.0     ANGGARAN PERUNTUKAN YANG DIPERLUKAN

1. Uniform Kadet 1 Set ( Lelaki ) X 7                                                     RM 819.35
2. Uniform Kadet 1 Set ( Perempuan ) X7                                                        RM 771.75
3. 1 Berret Kadet Polis ( Lencana Polis)                                                           RM 456.60
                                       ( Pelapik Merah)
                                       ( Upah Jahit )                                                                    ________
Jumlah                                                                                                                RM 2047.6


5.0 
PENUTUP

Saya amat berharap permohonan  ini mendapat kerjasama dan dipertimbangkan dengan sebaiknya Diharapkan dengan adanya bantuan ini, pasukan kadet polis SMK Raja Abdullah  akan muncul sebagai sebuah pasukan yang dikagumi hingga ke peringkat antarabangsa.


Disediakan oleh  :                               Diluluskan oleh  :                              Disahkan oleh :
………………….                               ………………….                            …………………
Pn.Siti Mariam Dollah                   En Seow Cheng Ping                     En Wan Mohd Wan Yusof
Guru Penasihat PKP                        Pen. Kanan Kokurikulum                       Pengetua
SMK Raja Abdullah                       SMK Raja Abdullah                        SMK Raja Abdullah


Ulasan              :

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………



Thursday, November 28, 2013

Masih Ada Yang Sayang Padamu.

MASIH ADA YANG SAYANG PADAMU ( KREATIVITI DAN INOVASI )

            Pagi yang suram menyelubungi suasana di rumah Mak Jemah. Kelihatan Aidid termenung di penjuru ruang tamu. Matanya menjurus ke langit. Namun tiada siapa yang tahu ke manakah fikirannya melayang. Pilu hati Mak Jemah melihat keadaan anak lelaki tunggalnya itu. Bertimpa-timpa masalah menimpa. Mak jemah menapak ke arah Aidid.
            “ Sudahlah tu Aidid. Tak guna difikirkan lagi perkara yang dah berlalu. Kau di sini, anak kau di sana . Sudah-sudahlah tu termenung. Baik kau fikirkan cara bagaimana nak selesaikan perkara ni. Mak bukan pandai sangat. Harapkan bolehlah tengok-tengokkan anak kau tu.” Ujar Mak Jemah.
            Aidil mengeluh. “ Saya bukan apa mak. Sakit hati ni bila diingatkan balik peristiwa tu. Manusia ke binatang yang sanggup buat anak orang lain macam tu. Binatang pun tahu sayang anak mak,” ketap bibir Aidid menahan marah.
            “ Kita serahkanlah pada pihak polis. Kalau ikutkan hati marah tak ke mana pun hal ni,nak.” Mak Jemah mencelah.  “ Ikutkan hati saya , saya bunuh je perempuan  tak guna tu, mak,” rengus Aidid.
            Terngiang –ngiang di telinga Aidid tangisan anaknya, Sofia  yang dalam kesakitan, tiada henti di Hospital Ampang . Wad Kanak-kanak Melur menjadi saksi satu lagi kes penderaan fizikal terhadap kanak-kanak terjadi. Sofia didera oleh pengasuh dan kejadian ini disedari setelah anaknya mulai demam panas serta tidak sedarkan diri pada malam hari.
            Ngeri, sadis dan tidak berperikemanusian. Itulah yang bermain difikiran Aidid setelah melihat rakaman kamera yang dimainkan semula oleh jirannya, Pak Dollah. Pak Dollah merupakan tukang kebun Rumah Asuhan Taman Melati. Jasa Pak Dollah tak dapat Aidid lupakan kerana tindakan Pak Dollah yang merakam secara tersembunyi perkara tersebut dapat menyelamatkan nyawa Sofia dan anak-anak lain.
            “ Pak Dollah tak sangka macam tu sekali perbuatan budak tu. Dilambungnya anak kau, ditampar-tampar. Tak kesian ke tengok budak tu menangis, menjerit sakit. Pak Dollah tak tahan, Pak Dollah rakam dengan telefon buruk ni.”Bersungguh-sungguh Pak Dollah bercerita sambil merewang-rewang tangannya meniru aksi pengasuh itu.
            Mak Jemah sudah siap mengemaskan beg pakaian Aidid. Dia berjalan ke ruang tamu untuk membawa beg tu kepada Aidid. Aidid masih lagi termenung sambil mengetap-ngetap bibirnya.  “ Sudahlah Aidid. Mak dah siapkan beg ni. Mohlah kita ke hospital.Lara hati mak ni nak tinggal lama-lama Sofia kat hospital tu, mohlah.” Mak Jemah mematikan lamunan Aidid.
            Aidid menoleh dan bangun menyambut beg tersebut. Lalu mereka beredar ke kereta untuk meneruskan perjalanan ke Hospital Ampang.
……………………………………………………………………………………………………
            “ Kesian kamu cu, habis membirat kulit cucu nenek ni. Sudahlah ibumu dah tiada kat dunia ni, ada juga manusia yang buat kamu begini,” menjejer bibir Mak Jemah menahan suaranya yang sebak itu. Mak Jemah mengelap-ngelap tubuh cucunya dengan kain basah. Kelihatan Sofia menggeliat kecil tanda dia sudah boleh bergerak.
“ Selamat pagi Encik Aidid. Kami dari IPK Kuala Lumpur Cawangan Siasatan Jenayah. Kami nak memaklumkan suspek sudah berjaya ditangkap. Kami berharap encik dapat menghadirkan diri ke mahkamah nanti untuk memberi keterangan saksi.” Ujar salah seorang polis yang datang ke Wad Kanak-Kanak Melur. Buat seketika, pandangan Aidid tertumpu kepada penerangan yang diberikan oleh polis tersebut.
            Setelah beredarnya para polis itu, Mak Jemah mendekati Aidid.  “ Mak fikir, biarlah mak yang jaga Sofia lepas ni. Biar mak jaga kat kampunglah. Mak pun sorang-sorang je kat sana. Biarlah Sofia menjadi peneman mak. Kau pun tak adalah runsing sangat.”
            Aidid memandang Mak Jemah dengan pandangan yang penuh kesayuan. “ Terima kasih, mak. Aidid tak tahu nak cakap apa lagi dah. Dulu mak jaga Aidid, alih-alih sekarang cucu pulak. Terima kasih ya , mak.” Mak Jemah tersenyum dan terus beredar ke katil Sofia.
Nukilan,
PUAN SITI MARIAM DOLLAH
KURSUS INTERVENSI BAHASA MELAYU PERALIHAN
PKG SENTUL, 11-15 NOV 2013.
( 12.00-12.30 PM. / 14 NOV 2013 )

p/s: cerpen ini adalah cerita rekaan semata-mata dan tidak melibatkan mana-mana individu sama ada yang masih hidup mahupun yang sudah meninggal dunia.