Posts

Showing posts from May, 2010

Bila Malam Menjelma.

Petang Khamis yang hening. Sebuah kereta muncul dan berhenti betul-betul diperkarangan rumah Haji Samad. Bunyi enjin semakin perlahan dan kemudiannya mati. Haji Samad yang sedang beristirehat di beranda rumah, menjenguk-jengukkan kepalanya. Kakinya yang kadang-kadang kebas itu menghalangnya daripada bangun dengan kadar yang segera. Terjeda seketika sebelum dia menarik tongkat kayu Ara Hitam yang berada di sebelah kaki kanannya. Haji Samad cuba untuk bangun sambil mulutnya riuh memanggil Seha, isteri barunya yang baru dikahwini tidak sampai seminggu yang lalu. “ Seha, Seha. Cuba kau tengokkan. Kereta siapa yang parking depan rumah kita ni. Aku tak pernah tengok lagi seingat-ingat aku kereta ni, pernah datang ke tidak kat rumah kita sebelum ni.” Rungut Haji Samad sambil terbatuk-batuk kecil kerana menghembuskan asap tembakau yang dihisapnya dengan paip itu. “ Iyalah, Abang Aji. Saya tengokkan. Aih, semacam muka Abang Aji saja budak laki y

Sebuah potret, Sebuah kenangan.

Melambai-lambai pohonan rendang di tepi tasik itu. Rendangan itu memberikan teduhan yang ampuh kepada sesiapa sahaja yang ingin berteduh di bawahnya. Di celah – celah dahannya terselit beberapa sarang burung yang telah mendiami dan menjadikan pohon terebut sebagai tempat yang selamat untuk dijadikan tempat tinggal. Daun – daun berguguran dari pohon tersebut apabila ditiup angin bagaikan hujan yang diturunkan oleh yang Maha Pencipta kepada kehidupan di seluruh muka bumi ini. Daun – daunnya melambai – lambai bagai memanggil sekalian umat bagi menghayati keindahan yang diperturunkan sejak zaman berzaman untuk umat – umat yang tahu bersyukur. Di situlah sebuah taman, duduk seorang gadis sambil memegang berus lukisan. Fikirannya melayang-layang entah ke mana. Hana, gadis yang cantik bukan sahaja dari paras rupa malah dari segi budi pekerti. Budi pekertinya cantik dan seindah rupanya. Dia tinggal di kota raya yang besar. Namun begitu, Hana tidak dapat meneruskan impiannya menyambung pe

E-diari Ku

--> Macam-macam yang berlaku sekarang...pening! Kacau - bilau hidupku!! Ahad , 11 Januari 2009, 22:02 malam. Masuk tahun baru, aku melangkah ke sem yang baru dalam pengajian aku ni. Maka dengan itu, makin banyak la tugasan yang diterima, yang perlu di settle kan. Dan makin bertambahlah kerutan di dahi ku serta kedutan di muka ku yang dah di makan usia ini. Aku tulis entry dalam blog nih ketika emosi ku tak tenang, berkecamuk dengan macam - macam masalah. Hukhuk! Agak bingung apabila difikirkan macam mana nak aku selesaikan semua ni? Diam ku sejenak. muhasabah diri sendiri balik. Memang patut aku dihukum dengan perasaan begini. Segalanya berpunca daripada kekhilafan ku sendiri. Membiarkan masa meninggalkan aku dengan rela tanpa kesedaran yang nyata dari kotak pemikiranku dan sanubariku ini. Aku sedar, aku telah menggolongkan diriku dalam kalangan orang yang rugi. Ya Allah, Ampunkanlah aku. Aku harus berubah. Aku ingin berubah! Dua kali aku menangis hari ni. Bet

Rimba

Pagi nan indah. Mentari di ufuk timur samar-samar menunjukkan dirinya. Sinarnya berbalam-balam, mencuri-curi pandang di sebalik celahan rimbunan dedaunan kayu. Kicauan burung saling bersahutan, unggas ungka dan segala makhluk alam rimba gegak gempita saling bertingkah dengan bahasa alam yang tersendiri. Di rimba ini, berhimpunnya misteri buana yang tidak mampu diterjemah pada pemikiran manusia biasa. Kesinambungan kehidupan alam rimba ini bergantung kepada kesejahteraannya yang selama ini terpelihara daripada tangan kejam manusia. Pepohon Jelutong mencakar awan. Dahan-dahannya kukuh menjadi tempat singgahan rakyat Sang Madu yang terkenal dengan kerajinan, menyunting Si Bunga Hutan yang ranum dan membentuk kerajaan Lebah yang utuh di rimba ini. Jauh di bawahnya terdapat rendangan Kekabu, Pisang Hutan dan pohonan rendang lain yang berakar banir dan tunjang bernaung di lembayungnya. Turut sama melindungi tumbuhan renek yang lain seperti cendawan kulat, bunga-bungaan dan rumput lumut