Posts

Showing posts from 2013

Rupa-rupanya 14 Feb 2010 ada ceritanya tersendiri....dalam sejarah hidupku..

Image
Kali pertama si dia memberi salam..wah,aku berjaya mencari maklumat ni...akhirnya berjaya..hehe..

Kenangan bersama mereka...Kadet Polis Sekolah SMK Raja Abdullah & Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi UPSI

Image
ALAAAA...GAMBAR KAT MUZIUM PDRM XDA... BERGAMBAR DULU..HAHA...MUZIUM NEGARA.. CUBA TEKA POTRET SAPA NI...??? KAT TANGGA PUN BOLEH...HAHA.. DI HADAPAN PLANETARIUM NEGARA SUKSIS UPSI..

HIMPUNAN MADAH3

LAKARAN DUKA PUN BERLALU Inginku lakarkan duka di hatiku ini pada kanvas yang putih, namun jemariku kaku, membuntang mataku melihat cairan warna.. ah... memang..anugerah seni itu tiada padaku. Inginku laungkan kepedihan hati ini pada corong telinga insani, namun bibirku merapat, tatkala mengesani pandangan yang hambar.. ah...usah di susahkan orang.. Hatiku, ibarat kaca dihempas ke lantai, pecah, berderai.. relai dek kesempurnaan,keangkuhan dan kesinisan tutur kata manusia "Zaman Batu". Hai..sabarlah hati. Tatkala aku hampir rebah muncul keajaiban tidak terjangka: Dia,.... berwajah redup, berpakaian lusuh Tidak bersuara hanya tersipu senyum. Dia, mengutip sisa-sisa deraian hatiku, mencantum kembali dengan damar suci, melenyapkan parut duka dengan madu kasih, Lakaran duka di hati kini berlalu. Kini dia ingin berlalu pergi, setelah duka dihati tiada lagi, Aku tidak menahan,hanya.. ingin ku ucapkan..Te

HIMPUNAN MADAHKU 2

Aku tetap begini, sukar merubah diri.. Lebih baik begini daripada menyakiti hati..... hanya puisi ini menjadi jambatan hati... meluahkan rasa yang terpendam.. tik..tok..tik..tok.. aku membilang detik berlalu pergi.. merangka hari depanku, yang bagiku beronak duri.. yang mampu membuatku luka,pilu.. Tik..tok..tik..tok.. detik tetap berlalu pergi.. aku masih lagi terpaku sendiri.. di sini..tiada siapa di sisi.. hanya berteman detup-detap jam di dinding.. Ah, baik aku bangun berdiri daripada meratapi waktu yang berlalu pergi..

HIMPUNAN MADAHKU

Mengertikah kau jika selama ini aku menyepi, bukan dek keegoanku namun diamku menyimpul segala keperitan hidup nan sarat dengan dugaan, tidak sesekali ku ingin membebankan mu melainkan menginginkan mu terbang mencari kehidupanmu yang lebih bererti. Siapalah aku ini tak mampu membahagiakan mu selama ini. segala kudratku tertumpah pada nan tersurat itulah yang mampu ditafsirmu. Namun pada nan tersirat, jauh lebih getir dari apa yang kau sangkakan. Biarlah hati kita tenang tanpa berulang lagi kisah lalu, ku harap engkau membuka lembaran baru jauh dari sisa-sisa kenangan kita. Patahkan tumbuh, hilang berganti. Lukakan sembuh kalau diubati. Maafkan lah aku, agar ku tenang menemui hidup ini..

CONTOH SURAT RASMI LAWATAN SAMBIL BELAJAR

SMK Raja Abdullah, Jalan Kepong, 52000 Kuala Lumpur. ­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­Muzium Polis DI Raja Malaysia, Lot 5 ,Jalan Perdana, 50480 Kuala Lumpur.                                                                                      31 OKT 2013. Tuan/Puan, LAWATAN SAMBIL BELAJAR PERSATUAN KADET POLIS SMK RAJA ABDULLAH Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas. 2.         Persatuan Kadet Polis SMK Raja Abdullah ingin mengadakan lawatan ke tempat Tuan/Puan dan permohonan kami telah diluluskan di peringkat jabatan.Berikut adalah maklumat yang kami sertakan;  Tarikh Pelancongan/Lawatan : 06 November 2013(Rabu)  Masa Lawatan                          :  9.00 A.M – 12.30 P.M  Peserta                                     : 40 Pelajar  Guru Pengiring              : PN. Siti Mariam BT Dollah ( Ketua Rombongan)                                        PN. Noor Zehan BT Johan Noor (Guru Penasihat)                                        Cik Shamri

Contoh kertas kerja Mohon Pembelian Uniform Lengkap Kadet Polis

Image
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAJA ABDULLAH JALAN KEPONG 52000 KUALA LUMPUR KERTAS KERJA PERMOHONAN PERUNTUKAN KEWANGAN BAGI PEMBELIAN UNIFORM LENGKAP KADET POLIS SMK RAJA ABDULLAH 2013 DISEDIAKAN OLEH : PN. SITI MARIAM BINTI DOLLAH GURU PENASIHAT PERSATUAN KADET POLIS SEKOLAH SMK RAJA ABDULLAH 1.0               PENGENALAN             Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon peruntukan kewangan dari Unit Kokurikulum bagi membeli kelengkapan uniform kadet polis SMK Raja Abdullah yang telah dirancang untuk 2014.    2.0               LATAR BELAKANG Persatuan Kadet Polis memainkan peranan penting dalam menyemai kesedaran sivik dan perasaan bertanggungjawab kepada masyarakat di kalangan pelajar.Bagi mencapai objektif bagi membina satu bangsa Malaysia yang berdisiplin, maka penubuhan Persatuan Kadet Polis akan menjadi pemangkin kepada proses untuk memiliki lebih golongan yang berjaya di negara ini. Persatuan Kadet Polis SMK Raja Abdullah tel

Masih Ada Yang Sayang Padamu.

MASIH ADA YANG SAYANG PADAMU ( KREATIVITI DAN INOVASI )             Pagi yang suram menyelubungi suasana di rumah Mak Jemah. Kelihatan Aidid termenung di penjuru ruang tamu. Matanya menjurus ke langit. Namun tiada siapa yang tahu ke manakah fikirannya melayang. Pilu hati Mak Jemah melihat keadaan anak lelaki tunggalnya itu. Bertimpa-timpa masalah menimpa. Mak jemah menapak ke arah Aidid.             “ Sudahlah tu Aidid. Tak guna difikirkan lagi perkara yang dah berlalu. Kau di sini, anak kau di sana . Sudah-sudahlah tu termenung. Baik kau fikirkan cara bagaimana nak selesaikan perkara ni. Mak bukan pandai sangat. Harapkan bolehlah tengok-tengokkan anak kau tu.” Ujar Mak Jemah.             Aidil mengeluh. “ Saya bukan apa mak. Sakit hati ni bila diingatkan balik peristiwa tu. Manusia ke binatang yang sanggup buat anak orang lain macam tu. Binatang pun tahu sayang anak mak,” ketap bibir Aidid menahan marah.             “ Kita serahkanlah pada pihak polis. Kalau ikutkan hati ma