Contoh kertas kerja Mohon Pembelian Uniform Lengkap Kadet Polis
JALAN KEPONG
52000 KUALA LUMPUR
KERTAS KERJA
PERMOHONAN
PERUNTUKAN KEWANGAN BAGI PEMBELIAN UNIFORM LENGKAP KADET POLIS SMK RAJA ABDULLAH
2013
DISEDIAKAN
OLEH : PN. SITI MARIAM BINTI DOLLAH
GURU
PENASIHAT PERSATUAN
KADET POLIS
SEKOLAH
SMK RAJA
ABDULLAH
1.0
PENGENALAN
Kertas
kerja ini bertujuan untuk memohon peruntukan kewangan dari Unit Kokurikulum
bagi membeli kelengkapan uniform kadet polis SMK Raja Abdullah yang telah
dirancang untuk 2014.
2.0
LATAR
BELAKANG
Persatuan Kadet Polis memainkan
peranan penting dalam menyemai kesedaran sivik dan perasaan bertanggungjawab
kepada masyarakat di kalangan pelajar.Bagi mencapai objektif bagi membina satu
bangsa Malaysia yang berdisiplin, maka penubuhan Persatuan Kadet Polis akan
menjadi pemangkin kepada proses untuk memiliki lebih golongan yang berjaya di
negara ini.
Persatuan Kadet Polis SMK Raja
Abdullah telah ditubuhkan pada Januari
2012 selaras dengan misi kokurikulum sekolah iaitu Penubuhan PKP merupakan salah satu
kegiatan kokurikulum sekolah menengah sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta
Pelajaran 1961 mengikut Ordinan No. 2 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1969, P.K.
(A) 487 bertarikh 20 November 1969 yang diselaraskan oleh PDRM.
Pengambilan ahli kadet pada tahun pertama ini disaring
dengan terperinci dalam memastikan nama baik persatuan dijaga dengan baik.
Aspek disiplin, kekemasan diri, dan mutu pelajaran pelajar diambil kira di
samping ujian fizikal dilaksanakan sendiri oleh PDRM dalam pemilihan ahli
kadet.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Memantapkan lagi matlamat
kokurikulum iaitu,mewujudkan minat serta meningkatkan keupayaan murid SMK Raja
Abdullah bagi menceburi badan beruniform dari peringkat sekolah sehinggalah
meninggalkan alam persekolahan.
3.2Memberi suntikan motivasi yang
konsisten kepada murid SMK Raja Abdullah supaya mereka terus mantap dalam
aktiviti luar yang dianjurkan oleh PDRM.
3.3 Memberi bantuan
kepada ahli kadet yang tidak mempunyai kelengkapan uniform lengkap untuk
mewakili sekolah.
4.0 ANGGARAN
PERUNTUKAN YANG DIPERLUKAN
1. Uniform Kadet 1 Set ( Lelaki ) X 7 RM 819.35
2. Uniform Kadet 1 Set ( Perempuan ) X7 RM 771.75
3. 1 Berret Kadet Polis ( Lencana Polis) RM 456.60
( Pelapik Merah)
( Upah Jahit ) ________

5.0
PENUTUP |
Saya amat berharap permohonan ini mendapat kerjasama dan dipertimbangkan
dengan sebaiknya Diharapkan dengan adanya bantuan ini, pasukan kadet polis SMK
Raja Abdullah akan muncul sebagai sebuah
pasukan yang dikagumi hingga ke peringkat antarabangsa.
Disediakan
oleh : Diluluskan oleh :
Disahkan
oleh :
…………………. …………………. …………………
Pn.Siti
Mariam Dollah En
Seow Cheng Ping En Wan Mohd Wan Yusof
Guru
Penasihat PKP Pen. Kanan Kokurikulum Pengetua
SMK Raja
Abdullah SMK Raja Abdullah SMK Raja Abdullah
Ulasan :
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Comments
Post a Comment