Bila Malam Menjelma.
Petang Khamis yang hening. Sebuah kereta muncul dan berhenti betul-betul diperkarangan rumah Haji Samad. Bunyi enjin semakin perlahan dan kemudiannya mati. Haji Samad yang sedang beristirehat di beranda rumah, menjenguk-jengukkan kepalanya. Kakinya yang kadang-kadang kebas itu menghalangnya daripada bangun dengan kadar yang segera. Terjeda seketika sebelum dia menarik tongkat kayu Ara Hitam yang berada di sebelah kaki kanannya. Haji Samad cuba untuk bangun sambil mulutnya riuh memanggil Seha, isteri barunya yang baru dikahwini tidak sampai seminggu yang lalu. “ Seha, Seha. Cuba kau tengokkan. Kereta siapa yang parking depan rumah kita ni. Aku tak pernah tengok lagi seingat-ingat aku kereta ni, pernah datang ke tidak kat rumah kita sebelum ni.” Rungut Haji Samad sambil terbatuk-batuk kecil kerana menghembuskan asap tembakau yang dihisapnya dengan paip itu. “ Iyalah, Abang Aji. Saya tengokkan. Aih, semacam muka Abang Aji saja budak laki y