Berjuanglah hingga ke titisan darah terakhir

Friday, February 21, 2014

TEMA : 1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH TAJUK : KAMI BENCI DADAH

TEMA : 1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH
TAJUK : KAMI BENCI DADAH

Di tepi kali,
Kelihatan sebuah pondok buruk,
Ditemani orang-orang,
Hampir roboh, di makan usang,
Di hadapannya luas terbentang,
Sawah nan menghijau.

Namun,
 di sebalik anugerah itu,
Ada makhluk yang menghuninya,
Sekilas pandang,
 tidak ubah seperti jerangkung,
Mata terbelalak,
Misai janggut terceracak,
Ibarat tiada otak,
Menunggu masa dipijak-pijak,
Malah antara nasi dan tahi,
Tidak ketahuan bezanya isi.

Merekalah belia-belia,
Yang disandarkan cita dan cita
Yang dicagarkan negara
Rupanya tiada apa
melainkan hampa semata- mata,
dek kerana dadah durjana.


Sungguh memilukan,
Melihat bangsaku hanyut,
Menjadi hamprak, bajingan keji,
Di celah kehidupan madani,
Sanggup mengabdikan diri,
Kepada dadah musuh sejati,
Sejak dahulu hingga kini.

Di mana silapnya percaturan hidup?
JAHILkah mereka ini?
Kurang kasih sayang kah
 atau tiada pedoman agamakah
sehingga ketara banyaknya pengemis dadah ini?

Sanggup merompak,
Sanggup mencuri,
Sanggup menipu,
Sanggup membunuh,
Malah lebih dari itu lagi,
Semata-mata untuk racun itu..

Tidak kenal lagi ibu,
Tidak hirau lagi ayah,
Tidak perlu lagi saudara
Tidak perlu lagi mengguna akal,
Tiada lagi agama di dunia kerana najis dadah.



Wahai bangsaku,
 Usah dituruti jalan itu,
Tinggalkan kejahilan itu,
Lancarkan serangan,
Di medan globalisasi ini,
Perangilah dadah dari akar umbi,
Sehingga ke titisan darah terakhirmu.

Ayuh bangsaku 1 Malaysia, bangkitlah.
Jangan pinggirkan syiar agama mu,
Jangan gadaikan ibu pertiwi mu,
Jangan hilangkan jati diri mu,
Jangan rabakkan maruah mu,  
Dek kerana bisikan jahat itu,
Laungkan,laungkanlah,
LAUNGKANLAH KAMI BENCI DADAH.

Nukilan ,
SITI MARIAM @ MAYA MIRA
1.04 AM, 19/2/14.
KEM BATU KENTONMEN.


2 comments: