Berjuanglah hingga ke titisan darah terakhir

Friday, February 21, 2014

RINTIHAN INSAN KERDIL


DAMAI YANG KU RASA,
TERGUGAT KINI
DEK KERANA DAJAL
YANG DIBAWA OLEH PETUALANG NEGARA,
PENCEROBOH DURJANA.

BUMI SABAH NAN PERMAI
DIHUJANI PELURU KEJAM
YANG MENEMBUSI JASAD
PAHLAWAN NEGARA DI LAHAD DATU.

SADISNYA MEREKA MENCABUT NYAWA,
PARA PEJUANG NEGARA,
SEMATA-MATA INGINKAN TANAH PUSAKA,
YANG KONONNYA PERNAH DIMILIKI MEREKA.

TINGGALLAH ANAK-ANAK,
MENJADI YATIM NESTAPA,
DEK HILANGNYA BAPA DIPERBATASAN,
GUGUR DIMEDAN PERANG,
YANG TIADA BELAS KASIHAN.

OH TUHANKU,
HENTIKANLAH PENCEROBOHAN INI,
HENTIKANLAH PEPERANGAN INI,
SELAMATKANLAH PARA PEJUANG KAMI,
SELAMATKANLAH MEREKA,
SELAMATKANLAH.

TUHANKU,
LIMPAHKANLAH RAHMAT
KE ATAS PEJUANG YANG TERKORBAN,
TEMPATKANLAH MEREKA
DALAM KALANGAN ORANG BERIMAN,
AMIN YA RABBAL ALAMIN.

BERSAMA-SAMALAH KITA MENGHADIAHKAN ALFATIHAH KEPADA ANGGOTA KESELAMATAN YANG TERKORBAN DI SABAH. ALFATIHAH. AMIN.
NUKILAN: PN. SITI MARIAM DOLLAH
SMK RAJA ABDULLAH

2013

No comments:

Post a Comment