Kecantikan Wanita Pada World View Melayu Tradisional

Cantik bukan kepalang
serba sederhana,tinggi tidak,
rendah pun tidak
sedang elok untuk dijadikan isteri.
Muka bagai bulan penuh,
pipinya pauh dilayang,
keningnya kilian taji,
rambutnya bertikam tak jadi,
panjangnya semundang penuh,
bibirnya asam seulas,
lidahnya mempelam masak,
gigi berkilat seperti gewang kaca,
leher panjang,bahu lebar.



Pinggangnya ramping dadanya bidang,
lengannya antaran hanyut,
jarinya halus seperti duri landak,
kulitnya kuning buah langsat,
empu kaki bungkal setahil,
betisnya perut padian
buah tuturnya lemak manis,
mengasyikkan orang nan banyak,
berderang air ditelan,
gugup awan sekeliling.

P/S : jika dianalisiskan, ungkapan melayu tradisional terhadap kecantikan luaran tubuh badan wanita kebanyakannya memberi perumpamaan dengan alam semulajadi seperti buah-buahan, pokok-pokok dan lain-lain. sekiranya ungkapan ini telah di cipta sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu, maka boleh kita anggap bahawa Orang Melayu dahulu bagaikan mengetahui yang kita sememangnya berasal daripada alam semulajadi.
Penciptaan Adam bermula daripada tanah yang berasal daripada bumi (menurut Islam). Oleh itu, tidak hairanlah mengapa ungkapan ini banyak menyerapkan elemen alam semulajadi yg sememangnya adalah diri kita sendiri.Lebih-lebih lagi, kehidupan Melayu Tradisional amat akrab dengan alam sekeliling seperti hutan,sungai dan bukit bukau.
Dari Allah (tanah) kita Datang, begitu juga sebaliknya pabila pengakhirannya, Renung-renungkanlah.

Comments

  1. sememang kecantikan wanita itu anugerah tuhan. tapi wanita di dunia perlu ingat kecantikan pinjaman yang maha Esa dan gunakan sebaik mungkin. Bukannya ke arah yang batil. pujian akan membuat wanita berasa lemah. tatkala itu banyak perkara buruk boleh terjadi.

    ReplyDelete
  2. sangat menyokong penyataan di atas. kelalaian dan keangkuhan memiliki kecantikan sementara ini sememangnya mengundang padah kepada wanita. ia merajakan nafsu dihati....pabila ini berlaku, kemaksiatan tidak dapat ditahan lagi..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Contoh kertas kerja Mohon Pembelian Uniform Lengkap Kadet Polis

CONTOH SURAT RASMI LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Gurindam Jagalah Mata