Posts

Showing posts from March, 2010

Hati itu Milik Ibu....

Nukilan Saudara Tajeri Bin Yusoff Anak-anakku, lihat wajah ini, wajah ini jika aku ibumu, jika ini ibumu lihatlah anak-anak ibu ini selalu selalu merinduimu ibu ini yang memeliharamu dari alam rahim kerna kau anak, kerna kau anak aku. Pernahkah kau bertanya kepada ibu ini? Ibu pernah hati ibu terlaku dengan sikap anakmu ini? pernahkah ibu menangis kerna anak mu ini? pernahkah anak bertanya? pernahkah? Bukan ibu hendak berkira bukan ibu hendaklah mengungkit nak... ingat anak-anakku setitik air mata ini ditapak tangan ibu tiada lagi tempat untuk ketawa sebagaimana tidak mungkin menangis di syurga maka begitulah pula tidak mungkin ketawa di dunia ini jika kau pulang sapulah air mata ini dengan hatimu kerna hati itu milik ibu.

Kecantikan Wanita Pada World View Melayu Tradisional

Cantik bukan kepalang serba sederhana,tinggi tidak, rendah pun tidak sedang elok untuk dijadikan isteri. Muka bagai bulan penuh, pipinya pauh dilayang, keningnya kilian taji, rambutnya bertikam tak jadi, panjangnya semundang penuh, bibirnya asam seulas, lidahnya mempelam masak, gigi berkilat seperti gewang kaca, leher panjang,bahu lebar. Pinggangnya ramping dadanya bidang, lengannya antaran hanyut, jarinya halus seperti duri landak, kulitnya kuning buah langsat, empu kaki bungkal setahil, betisnya perut padian buah tuturnya lemak manis, mengasyikkan orang nan banyak, berderang air ditelan, gugup awan sekeliling. P/S : jika dianalisiskan, ungkapan melayu tradisional terhadap kecantikan luaran tubuh badan wanita kebanyakannya memberi perumpamaan dengan alam semulajadi seperti buah-buahan, pokok-pokok dan lain-lain. sekiranya ungkapan ini telah di cipta sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu, maka boleh kita anggap bahawa Orang Melayu dahulu bagaikan mengetahui yang kita sememangnya ber

Aduuuhhh..Ilham tak Datang-datang Lagi..

Aku termenung lagi.. Pandang atas, pandang bawah.. tengok kaki, lihat jari.. Huh..mengeluh lagi.. Mana ilham?? Aduh, penat otakku ku perah-perah tak juga muncul-muncu. termangu aku di meja, berkerut kening mengatup mata, menongkat dagu, mengetuk bucu buku yang kaku, tidak berbuat apa-apa. Aaaaahhhh!!!!!.. jeritan batinku.. tak siapa yang mendengar di dini hari sebegini.. lalu ku tutup laptop, melangkah ke birai katil dan ku tarik selimut. Selamat Malam Semua. Semoga Ilham Dtang Dalam Mimpiku.. 11.11 PM, 19 mac 2010.

Maafkan lah aku..

Image
Mengertikah kau jika selama ini aku menyepi, bukan dek keegoanku namun diamku menyimpul segala keperitan hidup nan sarat dengan dugaan, tidak sesekali ku ingin membebankan mu melainkan menginginkan mu terbang mencari kehidupanmu yang lebih bererti. Siapalah aku ini tak mampu membahagiakan mu selama ini. segala kudratku tertumpah pada nan tersurat itulah yang mampu ditafsirmu. Namun pada nan tersirat, jauh lebih getir dari apa yang kau sangkakan. Biarlah hati kita tenang tanpa berulang lagi kisah lalu, ku harap engkau membuka lembaran baru jauh dari sisa-sisa kenangan kita. Patahkan tumbuh, hilang berganti. Lukakan sembuh kalau diubati. Maafkan lah aku, agar ku tenang menemui hidup ini..

Sesak Nafasku...pabila penamat semester hampir tiba.

Image
Beginilah aku, Setiap semester akan terlakar, terukir memori manis semanis madu dan, pahit sepahit hempedu untuk dikenang. Dan begitulah aku, di kala titik penamat hampir tiba, ibarat lipas kudung tetap pantas berlari walau terjungkit-jungkit, melangsaikan tuntutan yang terbeban di bahu. Sememangnya itulah aku, awalan bersenang-senangan, akhiran baru tergadah setelah terhantuk yang disengajakan. Inilah aku, tidak sama denganmu, walau langkah kita selari namun hastanya berbeda. Yang Menunggu Ilham Tiba, Maya Mira 9.08 PM, 19 Mac 2010.