Masih Ada Yang Sayang Padamu.
MASIH
ADA YANG SAYANG PADAMU ( KREATIVITI DAN INOVASI )
Pagi
yang suram menyelubungi suasana di rumah Mak Jemah. Kelihatan Aidid termenung
di penjuru ruang tamu. Matanya menjurus ke langit. Namun tiada siapa yang tahu
ke manakah fikirannya melayang. Pilu hati Mak Jemah melihat keadaan anak lelaki
tunggalnya itu. Bertimpa-timpa masalah menimpa. Mak jemah menapak ke arah
Aidid.
“
Sudahlah tu Aidid. Tak guna difikirkan lagi perkara yang dah berlalu. Kau di
sini, anak kau di sana . Sudah-sudahlah tu termenung. Baik kau fikirkan cara
bagaimana nak selesaikan perkara ni. Mak bukan pandai sangat. Harapkan bolehlah
tengok-tengokkan anak kau tu.” Ujar Mak Jemah.
Aidil
mengeluh. “ Saya bukan apa mak. Sakit hati ni bila diingatkan balik peristiwa
tu. Manusia ke binatang yang sanggup buat anak orang lain macam tu. Binatang
pun tahu sayang anak mak,” ketap bibir Aidid menahan marah.
“
Kita serahkanlah pada pihak polis. Kalau ikutkan hati marah tak ke mana pun hal
ni,nak.” Mak Jemah mencelah. “ Ikutkan
hati saya , saya bunuh je perempuan tak
guna tu, mak,” rengus Aidid.
Terngiang
–ngiang di telinga Aidid tangisan anaknya, Sofia yang dalam kesakitan, tiada henti di Hospital
Ampang . Wad Kanak-kanak Melur menjadi saksi satu lagi kes penderaan fizikal
terhadap kanak-kanak terjadi. Sofia didera oleh pengasuh dan kejadian ini
disedari setelah anaknya mulai demam panas serta tidak sedarkan diri pada malam
hari.
Ngeri,
sadis dan tidak berperikemanusian. Itulah yang bermain difikiran Aidid setelah
melihat rakaman kamera yang dimainkan semula oleh jirannya, Pak Dollah. Pak
Dollah merupakan tukang kebun Rumah Asuhan Taman Melati. Jasa Pak Dollah tak
dapat Aidid lupakan kerana tindakan Pak Dollah yang merakam secara tersembunyi
perkara tersebut dapat menyelamatkan nyawa Sofia dan anak-anak lain.
“
Pak Dollah tak sangka macam tu sekali perbuatan budak tu. Dilambungnya anak
kau, ditampar-tampar. Tak kesian ke tengok budak tu menangis, menjerit sakit.
Pak Dollah tak tahan, Pak Dollah rakam dengan telefon buruk ni.”Bersungguh-sungguh
Pak Dollah bercerita sambil merewang-rewang tangannya meniru aksi pengasuh itu.
Mak
Jemah sudah siap mengemaskan beg pakaian Aidid. Dia berjalan ke ruang tamu
untuk membawa beg tu kepada Aidid. Aidid masih lagi termenung sambil
mengetap-ngetap bibirnya. “ Sudahlah
Aidid. Mak dah siapkan beg ni. Mohlah kita ke hospital.Lara hati mak ni nak
tinggal lama-lama Sofia kat hospital tu, mohlah.” Mak Jemah mematikan lamunan
Aidid.
Aidid
menoleh dan bangun menyambut beg tersebut. Lalu mereka beredar ke kereta untuk
meneruskan perjalanan ke Hospital Ampang.
……………………………………………………………………………………………………
“
Kesian kamu cu, habis membirat kulit cucu nenek ni. Sudahlah ibumu dah tiada
kat dunia ni, ada juga manusia yang buat kamu begini,” menjejer bibir Mak Jemah
menahan suaranya yang sebak itu. Mak Jemah mengelap-ngelap tubuh cucunya dengan
kain basah. Kelihatan Sofia menggeliat kecil tanda dia sudah boleh bergerak.
“ Selamat pagi Encik Aidid. Kami
dari IPK Kuala Lumpur Cawangan Siasatan Jenayah. Kami nak memaklumkan suspek
sudah berjaya ditangkap. Kami berharap encik dapat menghadirkan diri ke mahkamah
nanti untuk memberi keterangan saksi.” Ujar salah seorang polis yang datang ke
Wad Kanak-Kanak Melur. Buat seketika, pandangan Aidid tertumpu kepada
penerangan yang diberikan oleh polis tersebut.
Setelah
beredarnya para polis itu, Mak Jemah mendekati Aidid. “ Mak fikir, biarlah mak yang jaga Sofia
lepas ni. Biar mak jaga kat kampunglah. Mak pun sorang-sorang je kat sana.
Biarlah Sofia menjadi peneman mak. Kau pun tak adalah runsing sangat.”
Aidid
memandang Mak Jemah dengan pandangan yang penuh kesayuan. “ Terima kasih, mak.
Aidid tak tahu nak cakap apa lagi dah. Dulu mak jaga Aidid, alih-alih sekarang
cucu pulak. Terima kasih ya , mak.” Mak Jemah tersenyum dan terus beredar ke
katil Sofia.
Nukilan,
PUAN
SITI MARIAM DOLLAH
KURSUS
INTERVENSI BAHASA MELAYU PERALIHAN
PKG
SENTUL, 11-15 NOV 2013.
(
12.00-12.30 PM. / 14 NOV 2013 )
p/s:
cerpen ini adalah cerita rekaan semata-mata dan tidak melibatkan mana-mana
individu sama ada yang masih hidup mahupun yang sudah meninggal dunia.
Comments
Post a Comment